the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 17, 2026
31.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Wanita diganggu Along: Empat lelaki ditahan

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Polis menahan 4 suspek Along yang mengganggu seorang pengarah syarikat swasta kerana lewat bayar hutang pinjaman

KUALA LUMPUR: Polis menahan empat lelaki kerana disyaki berkaitan dengan sindiket pinjaman wang tidak berlesen atau along yang mengganggu seorang wanita.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Hoo Chang Hook berkata suspek berusia antara 35 hingga 47 tahun ditahan susulan laporan dibuat mangsa yang merupakan pengarah sebuah syarikat swasta baru-baru ini.

Beliau berkata wanita berusia 45 tahun itu tertarik dengan tawaran pinjaman wang dipromosikan menerusi Facebook dan menghubungi suspek melalui WhatsApp sebelum bersetuju dengan tawaran pinjaman pada Ogos.

“Mangsa sudah membuat pembayaran balik beberapa kali bagaimanapun didakwa lewat membuat bayaran dan dikenakan kadar bunga tambahan. 

“Mangsa menerima pelbagai gangguan dan ancaman kerana enggan melayan tuntutan itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hoo berkata seorang daripada suspek mempunyai 19 rekod jenayah lampau manakala dua suspek 17 rekod dan seorang lagi lapan rekod membabitkan pelbagai kes di pelbagai daerah.

Kesemua suspek direman tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Shaifubari clinches dramatic PGM Royal Pekan Closed Championship title

Veteran Shaifubari Muda capped his domestic season in style after defeating Marcus Lim in a playoff to win the PGM Royal Pekan Closed Championship at Royal Pekan Golf Club.Shaifubari carded a birdie on the 18th hole to finish at seven-under-par, taking the clubhouse lead after overnight leader Sukree bogeyed the closing hole to slip into second place.Marcus, playing alongside Sukree in the final group, birdied the last to force a playoff with Shaifubari.Returning to the 18th, both players found the fairway off the tee before Shaifubari fired his approach to within three yards of the pin. Marcus's second shot finished on the right side of the green, but his birdie putt stopped a yard short.Shaifubari calmly holed his birdie putt to seal the title and the RM31,500 winner's cheque.Ben Leong recorded the lowest round of the day with a six-under 66 to finish the tournament at five-under overall.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings