18 sekolah di Sarawak telah dipasang CCTV dengan peruntukan RM270,000, setiap sekolah terima RM15,000 untuk tingkatkan keselamatan.
KUCHING: Sebanyak 18 sekolah di Sarawak telah dilengkapi dengan sistem Televisyen Litar Tertutup (CCTV).
Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Francis Harden Hollis memaklumkan perkara itu di persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak.
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak menerima peruntukan RM270,000 untuk pemasangan sistem CCTV di sekolah-sekolah berkenaan.
Setiap sekolah menerima peruntukan sebanyak RM15,000 bagi tujuan tersebut.
“JPNS akan mengemukakan permohonan kepada Kementerian Pendidikan untuk mendapatkan peruntukan kewangan tambahan bagi pemerolehan dan peluasan pemasangan CCTV,” katanya.
Beliau menekankan inisiatif itu bertujuan meningkatkan keselamatan serta sistem pemantauan di sekolah-sekolah bawah bidang kuasa JPNS.
Francis menjawab soalan Adam Yii Siew Sang (GPS-Pujut) yang ingin mengetahui jumlah peruntukan dan bilangan sekolah terlibat. – Bernama







