the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
21.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Agihan BAP RM150 dijangka selesai hujung minggu ini

Penyaluran Bantuan Awal Persekolahan RM150 kepada 5.2 juta murid dijangka selesai hujung minggu ini, kata Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan

KUALA TERENGGANU: Penyaluran Bantuan Awal Persekolahan (BAP) berjumlah RM150 kepada semua murid dijangka selesai selewat-lewatnya hujung minggu ini.

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Operasi Sekolah) Zainal Abas berkata peruntukan itu telah berada di peringkat sekolah dan menunggu proses pengagihan.

“Bagi peringkat kementerian, kita telah salurkan kepada pihak bank untuk dimasukkan ke dalam akaun sekolah,” katanya selepas meninjau hari pertama persekolahan di Sekolah Kebangsaan Gong Tok Nasek.

Beliau berkata edaran bergantung pada pengaturan pihak sekolah dengan ibu bapa untuk menerima peruntukan tersebut.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan RM800 juta bagi BAP sebanyak RM150 kepada semua pelajar tahun satu hingga tingkatan enam tahun ini.

BAP ialah bantuan tunai sekali bayar yang diberikan kepada 5.2 juta murid bagi mengurangkan beban perbelanjaan ibu bapa.

Bagi tahun ini, penyaluran bantuan akan dibuat secara serahan tunai di sekolah melalui program pertemuan antara guru dengan ibu bapa.

Zainal berkata bantuan sama turut diberikan kepada pelajar tingkatan enam dan agihan akan dibuat selepas mereka ditawarkan kemasukan.

Seorang suri rumah Khairul Nisa Ismail berkata bantuan BAP amat membantu meringankan beban keluarga yang mempunyai ramai anak bersekolah.

Ibu kepada murid tahun dua Nor Hakimah Baharuddin berkata bantuan itu akan digunakan untuk membeli kasut dan beg sekolah.

Dalam perkembangan lain, Zainal berkata Kementerian Pendidikan mengambil pelbagai langkah untuk menangani isu beg berat.

Antara langkahnya ialah penyusunan jadual waktu persekolahan yang lebih teratur dengan hanya melibatkan tiga atau empat mata pelajaran sehari.

“Jadi, ibu bapa disarankan memantau jadual waktu persekolahan anak-anak,” katanya.

Beliau berkata minggu pertama sesi persekolahan tidak melibatkan pembelajaran akademik.

Katanya, pembelajaran akademik dijadualkan bermula pada minggu kedua persekolahan

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings