the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, February 2, 2026
22.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

SPRM sahkan Albert Tei ditahan, nafi pistol diacukan ke kepala

SPRM sahkan penahanan ahli perniagaan Albert Tei di Puchong, buat laporan polis terhadap dakwaan pegawai acukan pistol ke kepala.

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan penahanan ahli perniagaan Albert Tei di kediamannya di Puchong, Selangor.

Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki menegaskan penahanan itu dilakukan mengikut prosedur yang ditetapkan.

“SPRM juga ingin menafikan berlakunya situasi di mana pegawai suruhanjaya ini mengacukan senjata di kepala ahli perniagaan Albert Tei ketika tangkapan dilakukan,” katanya dalam kenyataan.

BACA: Pihak berkuasa dilarang ancam pemberi maklumat, Albert Tei diminta buat laporan

Azam berkata satu laporan polis telah dibuat bagi membolehkan siasatan terhadap fitnah yang ditujukan kepada pegawai SPRM berkenaan.

Laporan polis itu juga bertujuan memastikan tiada pihak menyebarkan berita tidak sahih yang mungkin mengganggu siasatan SPRM.

Media sebelum ini melaporkan SPRM menyerbu dan menahan ahli perniagaan berkenaan di rumahnya di Puchong pagi tadi. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories