the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, July 12, 2026
29 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

GRS menang kerusi terbanyak dalam PRN Sabah ke-17

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

GRS menang 29 kerusi dalam PRN Sabah ke-17, Warisan 25 kerusi, BN 6 kerusi, calon Bebas 5 kerusi, UPKO 3 kerusi, dan parti lain 1-2 kerusi

KOTA KINABALU: Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memenangi 29 kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Ramlan Harun mengumumkan GRS muncul sebagai parti dengan kerusi terbanyak.

Parti Warisan Sabah (Warisan) mendapat tempat kedua dengan 25 kerusi.

Barisan Nasional (BN) memenangi enam kerusi manakala calon Bebas meraih lima kerusi.

Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) memperoleh tiga kerusi.

Parti Solidariti Tanah Airku (STAR Sabah) memenangi dua kerusi.

Perikatan Nasional (PN), Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) dan Pakatan Harapan (PH) masing-masing mendapat satu kerusi.

Seramai 1,148,476 atau 64.35% pengundi telah keluar mengundi dalam pilihan raya ini.

“Angka itu merangkumi pengundi biasa, pengundi awal dan pengundi pos,” kata Ramlan.

Keputusan penuh PRN akan disembah maklum kepada Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu pagi ini. – BERNAMA

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings