the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, December 1, 2025
25.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Perodua lancar EV pertama QV-E hasil kepakaran tempatan RM800 juta

Perodua perkenal EV pertama QV-E berharga RM80,000, hasil pembangunan RM800 juta oleh pakar tempatan di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030.

KUALA LUMPUR: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) hari ini melancarkan kenderaan elektrik bateri (EV) pertamanya, QV-E, pada harga RM80,000 sebelum insurans dan tidak termasuk bateri.

Pelancaran ini menandakan langkah penting pembuat kereta nasional itu dalam membangunkan ekosistem EV yang mampan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata QV-E, yang bermaksud ‘Quest for Visionary-Electric’, menelan kos pembangunan sebanyak RM800 juta.

Pembangunan EV tersebut melibatkan lebih 100 pakar tempatan.

Beliau berkata di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 yang dilancarkan pada 1 Sept 2023, Perodua dilantik sebagai juara dan peneraju pengeluar automotif tempatan untuk membangunkan ekosistem EV.

“Hala tuju yang jelas itu menuntut Perodua untuk menyiapkan peluncuran EV,” katanya pada majlis peluncuran QV-E di sini hari ini.

“Pada ketika itu, saya berasa sedikit gusar kerana merasakan matlamat tersebut terlalu bercita-cita tinggi serta mungkin kita belum memiliki kemahiran dan kepakaran tempatan yang mencukupi.”

“Namun hari ini, saya sangat bangga bukan sahaja dengan peluncuran EV Perodua ini tetapi kerana ia dihasilkan melalui kepintaran, disiplin, usaha dan kegigihan anak-anak tempatan,” kata Anwar. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories