the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, December 4, 2025
28.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sektor borong dan runcat catat risiko ketirisan hasil tertinggi

Sektor perdagangan borong dan runcit dikenal pasti miliki risiko ketirisan hasil tertinggi sejak pelaksanaan e-Invois, kata Timbalan Menteri Kewangan

KUALA LUMPUR: Sektor perdagangan borong dan runcit dikenal pasti sebagai sektor yang mempunyai risiko ketirisan hasil tertinggi sejak pelaksanaan e-Invois.

Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying berkata sektor itu merekodkan lebih 180 juta penghantaran e-Invois sejak sistem tersebut dilaksanakan pada 1 Ogos 2024.

“Ini bukan sahaja menunjukkan tahap pematuhan yang tinggi, malah membuktikan keberkesanan e-Invois dalam memperkukuh integriti ekosistem percukaian negara,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Datuk Low Kian Chuan mengenai sektor berisiko tinggi dan kesan e-Invois.

Berdasarkan analisis pematuhan dan corak transaksi, sektor lain yang berisiko tinggi termasuk perkhidmatan profesional tertentu dan aktiviti perniagaan yang banyak berurusan secara tunai.

Lim berkata pendekatan e-Invois penting untuk memastikan hasil negara dipelihara bagi menyalurkan lebih banyak bantuan kepada rakyat.

Beliau memaklumkan e-Invois kini berada pada fasa ketiga selepas setahun pelaksanaannya, melibatkan pembayar cukai dengan pendapatan tahunan RM5 juta hingga RM25 juta.

“Tahap penerimaan dan pematuhan pembayar cukai terhadap pelaksanaan e-Invois adalah amat memuaskan,” katanya.

Sehingga 26 November, seramai 108,579 pembayar cukai telah berjaya mengeluarkan sebanyak 742.5 juta e-Invois.

Daripada jumlah tersebut, seramai 64,346 pembayar cukai melaksanakan e-Invois secara mandatori merangkumi tiga fasa pertama.

Lebih 44,233 pembayar cukai bagi fasa keempat dan kelima telah melaksanakan e-Invois secara sukarela.

Seramai 5,800 pembayar cukai yang sebelum ini tidak patuh telah tampil mengemukakan borang nyata cukai pendapatan.

Mereka melaporkan pendapatan bagi tahun taksiran ke belakang sebanyak RM484 juta yang menyumbang kepada hasil cukai tambahan RM82 juta. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories