the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, December 5, 2025
22.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerajaan ingatkan orang ramai buat persediaan hadapi Monsun Timur Laut

Orang ramai diingatkan buat persediaan awal hadapi Monsun Timur Laut susulan amaran hujan berterusan sehingga 8 Disember di beberapa negeri

PUTRAJAYA: Orang ramai diingatkan supaya membuat persediaan awal dan sentiasa berwaspada menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) susulan amaran hujan berterusan yang dijangka berlarutan sehingga 8 Dis di beberapa negeri.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata setakat pagi tadi, Kabinet dimaklumkan bahawa jumlah mangsa banjir yang berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) menurun kepada 3,147 orang, manakala empat PPS telah ditutup, menjadikan 49 PPS masih beroperasi.

“Bagi persiapan menghadapi MTL, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof telah memberi sedikit taklimat mengenai kesiapsiagaan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) termasuk keperluan meningkatkan langkah bersiap siaga.

“Orang ramai diingatkan untuk mengambil maklum dan membuat perancangan yang bersesuaian bagi menghadapi MTL, terutama dalam beberapa hari akan datang,” katanya kepada media selepas menghadiri Sambutan Hari Antirasuah Antarabangsa Peringkat Kebangsaan, di sini hari ini.

Fahmi, yang juga Jurucakap Kerajaan MADANI berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghubungi Presiden Indonesia Prabowo Subianto lewat petang ini, bagi membincangkan bentuk bantuan yang boleh disalurkan Malaysia untuk membantu negara jiran berkenaan, selain menyampaikan ucapan takziah kepada mangsa banjir dan kejadian tanah runtuh di Sumatera.

Jabatan Meteorologi Malaysia pada Rabu lepas mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka melanda beberapa negeri di Semenanjung, Sarawak dan Sabah dari 5 hingga 8 Dis ini. – Bernama

Related

spot_img

Latest

DBP Strikes Gold, Named Top Community-Centric Company in Asia with Third Consecutive ACES Award

BALI, INDONESIA - Media OutReach Newswire - 5 December 2025 - The Development Bank of the Philippines (DBP) won the Gold Trophy for “Top Community-Centric Companies in Asia” at the Asia Corporate Excellence and Sustainability (ACES) Awards 2025.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories