the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, December 5, 2025
22 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Banjir di empat negeri semakin pulih, jumlah mangsa berkurangan

Flood situation improving in Perak, Selangor, Perlis, and Pahang. Evacuee numbers dropping; shelters are closing

KUALA LUMPUR: Situasi banjir di Perak, Selangor, Perlis dan Pahang semakin pulih setakat malam ini dengan jumlah mangsa terus mencatatkan penurunan selain beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) turut ditutup.

Di Perak, jumlah mangsa berkurang kepada 1,539 orang daripada 470 keluarga berbanding 1,674 orang daripada 509 keluarga petang tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak memaklumkan satu lagi PPS di Hilir Perak ditutup menjadikan hanya 11 PPS masih beroperasi ketika ini.

Daripada jumlah itu, enam PPS di daerah Hilir Perak menempatkan 776 mangsa, manakala 459 mangsa berlindung di dua PPS di Bagan Datuk dan 304 lagi mangsa di tiga PPS di Manjung.

Sementara itu, di Selangor mangsa banjir berkurang kepada 429 orang daripada 134 keluarga malam ini berbanding 616 mangsa melibatkan 187 keluarga petang tadi.

Menurut laman web Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak sembilan PPS masih beroperasi di daerah Hulu Langat, Kuala Selangor dan Sabak Bernam.

Keadaan banjir di Perlis juga menunjukkan pemulihan dengan jumlah mangsa terus berkurangan kepada 15 orang setakat 8 malam ini berbanding 20 mangsa petang tadi, dengan kesemuanya ditempatkan di PPS SK Felcra Lubuk Sireh, Padang Besar.

Di Pahang, penurunan mangsa turut direkodkan malam ini apabila hanya  tujuh orang daripada sebuah keluarga yang masih berlindung di sebuah PPS di Kuantan, berbanding 14 penduduk daripada dua keluarga petang tadi.

Menerusi laman web publicinfobanjir pula paras air semua sungai utama di negeri-negeri terlibat  menunjukkan bacaan di bawah paras bahaya malam ini. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Ten-Year Protection Becomes VinFast’s Edge in Harsh Middle East Markets

HANOI, VIETNAM - Media OutReach Newswire - 5 December 2025 - When VinFast celebrated the opening of its 350th service center in Vietnam, the milestone confirmed a strategy built around aftersale polices that have become one of the most powerful forces behind the company's rise.

Family Support Now Make-or-Break for Overseas Postings, New Study Reveals

LONDON, UK - Media OutReach Newswire - 5 DECEMBER 2025 - Family wellbeing is emerging as one of the strongest predictors of success on international assignments – yet support for families has not always kept pace with modern mobility expectations, according to new research from AXA Global Healthcare.

Most Viewed

Yikon Genomics expands to Malaysia with launch of genetic testing laboratory

Yikon Genomics has officially opened its first Malaysian laboratory in Kuala Lumpur, marking a major step in advancing reproductive and preventive healthcare in the region. The new facility will act as a multifunctional hub, supporting scientific excellence, clinical collaboration and regional workforce development. Featuring advanced multi-platform sequencing and Yikon’s proprietary MALBAC technology, the lab aims to deliver highly accurate genetic insights while strengthening partnerships with hospitals, fertility centres and research institutions. Yikon says the milestone brings the region closer to a future where prevention and precision medicine play a central role in building healthier families and communities.
spot_img

Popular Categories