the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
30.2 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Biografi Abang Johari dilancar, kisah perjalanan politik dan kepimpinan

Tun Dr Wan Junaidi lancar buku biografi politik Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, hasil tulisan Profesor Michael Leigh

KUCHING: Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar melancarkan buku biografi mengenai Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Buku setebal 113 halaman bertajuk “Abang Johari Sarawak’s First Premier: A Political Biography” mengisahkan perjalanan politik dan kepimpinan beliau.

Ia hasil tulisan Profesor Michael Leigh dan diterbitkan oleh Dayak Cultural Publication.

Dalam ucapannya, Wan Junaidi berkata buku itu mendokumentasikan kehidupan dan kepimpinan Abang Johari.

“Abang Johari ialah seorang reformis. Sumbangannya bukan sahaja diiktiraf di Sarawak atau Malaysia, malah kepimpinannya turut mendapat pengiktirafan di luar negara,” katanya.

Beliau menambah kisah perjalanan itu sarat dengan wawasan, dedikasi dan komitmen tidak berbelah bahagi terhadap kemajuan Sarawak.

Wan Junaidi berkata inisiatif Abang Johari untuk memperluas keterhubungan dan mempelbagaikan ekonomi membuktikan iltizam membina Sarawak yang moden.

“Kepimpinannya sentiasa mendahulukan kepentingan rakyat Sarawak, menjangkau setiap pelosok negeri,” ujarnya.

Turut hadir pada pelancaran itu ialah Abang Johari dan Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Uggah yang juga Pengerusi DCF berkata projek biografi itu dilaksanakan kerana kisah kepimpinan Abang Johari mencerminkan transformasi moden Sarawak.

“Buku itu juga sebagai lambang penghargaan komuniti Dayak kepada Premier atas sokongan berterusan beliau,” katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Malacca Strait feels spillover pressure as Red Sea, Hormuz crises reroute global shipping

The Strait of Malacca remains central to Malaysian shipping and Asian trade because it connects the economies of the East and West, with about US$7 trillion (RM28.5 trillion) in trade value passing through the waterway.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings