the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, October 15, 2026
32.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

IndiGo batalkan semua penerbangan domestik dari Delhi hingga tengah malam

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

IndiGo membatalkan semua penerbangan domestik berlepas dari Lapangan Terbang Delhi sehingga tengah malam susulan isu kekurangan kakitangan

NEW DELHI: Lapangan Terbang Delhi di India, pada Jumaat mengumumkan bahawa semua penerbangan domestik IndiGo yang berlepas dari Delhi dibatalkan sehingga tengah malam, lapor Xinhua.

IndiGo dalam kenyataan berasingan, turut mengesahkan pembatalan semua penerbangan domestiknya dari lapangan terbang Delhi dan memohon maaf kepada pelanggan yang terjejas.

Pembatalan itu berlaku selepas badan kawal selia penerbangan awam India, Direktorat Jeneral Penerbangan Awam membangkitkan isu kekurangan kakitangan darat IndiGo di Terminal 1 Delhi untuk mengendalikan limpahan penumpang yang terkandas.

Kekalutan di syarikat penerbangan itu berlarutan sejak empat hari lalu susulan kegagalannya merancang jadual bertugas baharu yang dikenakan ke atas juruterbang.

Di bawah peraturan baharu tugas juruterbang, jumlah waktu rehat mandatori mingguan bagi juruterbang telah ditambah 12 jam kepada 48 jam.

Pembatalan penerbangan IndiGo telah menyebabkan puluhan ribu penumpang keliru dan bimbang mengenai kelewatan berpanjangan serta peningkatan kos perjalanan.

Laporan menunjukkan syarikat penerbangan itu telah membatalkan lebih 500 penerbangan yang dijadualkan pada Jumaat, termasuk perkhidmatan ke Delhi yang kini turut dibatalkan. – Bernama-Xinhua

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Costa Rica opens jail inspired by El Salvador mega-prison

Costa Rica has opened a high-security prison modelled on El Salvador’s controversial mega-prison, as President Laura Fernandez vows to crack down on rising crime and organised gangs

Most Viewed

spot_img