the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, January 12, 2026
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Warga emas buta ditemui tinggal bersama mayat anak ditempatkan di rumah kebajikan

Seorang warga emas cacat penglihatan yang ditemui tinggal bersama mayat anaknya di Samarahan akan ditempatkan di Rumah Seri Kenangan.

KUCHING: Seorang wanita warga emas cacat penglihatan yang ditemui tinggal bersama mayat anak perempuannya selama beberapa hari akan ditempatkan di Rumah Seri Kenangan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata wanita berusia 69 tahun itu juga akan menjalani pemeriksaan fizikal dan mental.

“Tindakan telah diambil oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, lebih elok ditempatkan di rumah tersebut sebab kini dia keseorangan selepas kematian anak yang menjaganya,” katanya.

Beliau ditemui pada Festival Gastronomi Nyamai Sarawak 2025 di Kampung Budaya Sarawak.

Media melaporkan wanita itu terpaksa merangkak sejauh kira-kira 150 meter untuk mendapatkan bantuan.

Kejadian itu berlaku di sebuah pondok di Jalan Kampung Telok Sabang, Kota Samarahan.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan Supt Damataries Lautin berkata warga emas itu menyedari anaknya yang berusia 48 tahun telah meninggal dunia pada 30 November.

Mangsa mengadu sakit dada dan sesak nafas sebelum meninggal.

Warga emas itu tidak mampu berbuat apa-apa sehinggalah terpaksa keluar merangkak mencari pertolongan.

Nancy menyeru semua ketua masyarakat agar mengambil peduli perihal masyarakat terutamanya di kawasan kampung.

“Ini membolehkan penduduk kampung mendapatkan maklumat tepat mengenai pelbagai bentuk bantuan yang disediakan oleh kerajaan,” katanya.

Beliau menekankan pentingnya saluran yang betul khususnya melalui JKM.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories