the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lelaki tempatan ditahan di KLIA guna pasport India palsu

JIM tahan lelaki Malaysia cuba keluar negara guna pasport India palsu di KLIA, wanita India turut ditahan kerana tinggal lebih masa

PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan seorang lelaki tempatan dan seorang wanita warga India dalam operasi khas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan di Jalan Kuching, Kuala Lumpur.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban berkata lelaki itu ditahan di kaunter pemeriksaan keluar KLIA selepas dikesan menggunakan pasport India milik individu lain.

“Hasil pemeriksaan mendapati suspek sebenarnya merupakan warga Malaysia dan dipercayai menggunakan pasport India yang disyaki telah dipalsukan identiti pada muka surat biodata pasport,” katanya.

Penahanan lelaki itu membawa kepada tangkapan seorang wanita warga India di sebuah kediaman di Jalan Kuching yang disyaki tinggal lebih masa di negara ini.

Semasa serbuan, wanita tersebut cuba melarikan diri bersama MyKad milik suspek lelaki, namun berjaya dihalang oleh pasukan operasi.

Semakan awal mendapati warganegara India yang ditahan telah tinggal lebih masa.

Pasukan operasi telah menyita dua naskhah pasport India, sekeping pas naik pesawat dan telefon bimbit bagi tujuan siasatan lanjut.

Zakaria berkata lelaki warga tempatan itu disiasat di bawah Seksyen 12(1)(b) Akta Pasport 1966.

Wanita warga India disiasat di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 25(1) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990.

Kedua-dua suspek telah dibawa ke Pejabat Imigresen Putrajaya untuk tindakan lanjut.

Dua lagi individu warga Malaysia telah diberikan notis untuk hadir ke pejabat bagi membantu siasatan.

Operasi itu melibatkan sepasukan pegawai dan anggota pelbagai pangkat daripada Bahagian Perisikan dan Operasi Khas Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Putrajaya dan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS). – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings