the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 4, 2026
31.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerajaan tubuh suruhanjaya TVET perkukuh ekosistem latihan kemahiran

PUTRAJAYA: Kerajaan telah bersetuju menubuhkan Suruhanjaya Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional negara bagi memperkukuh kawal selia institusi.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Majlis TVET Negara Bil 2/2025 yang dipengerusikannya.

“Suruhanjaya TVET bakal menjadi sebuah entiti khusus yang berperanan sebagai badan kawal selia utama TVET negara,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menjelaskan suruhanjaya itu akan menyelaras pendaftaran institusi TVET, standard kemahiran, pengambilan pelajar berpusat dan pengurusan data raya.

Suruhanjaya tersebut juga akan memantau prestasi institusi TVET serta menilai keberhasilan program.

Ahmad Zahid berkata penubuhan suruhanjaya itu selaras dengan aspirasi kerajaan untuk menjadikan TVET sebagai pilihan utama pendidikan.

“Beberapa sesi dialog awam dan libat urus bersama pemegang taruh serta pemain industri akan diadakan dalam tempoh enam bulan bagi memastikan penubuhan Suruhanjaya TVET ini dapat direalisasikan,” katanya.

Ahmad Zahid menegaskan komitmen kerajaan untuk menjadikan TVET sebagai pendidikan arus perdana.

Beliau berkata kemasukan pelajar baharu TVET meningkat kepada 212,022 orang tahun lepas berbanding 175,780 pada 2023.

“Saya percaya kejayaan TVET memerlukan kerjasama erat antara kerajaan, institusi TVET dan industri,” katanya.

Menurut beliau, graduan TVET perlu diperkasakan dengan kemahiran strategik dalam bidang teknologi baharu seperti kecerdasan buatan dan keselamatan siber.

Mesyuarat MTVET juga menggariskan hala tuju untuk menjadikan Malaysia sebagai hab TVET serantau menjelang 2030. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings