the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, December 10, 2025
23 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pemuda Indonesia lemas selepas hanyut ketika mandi di parit ladang

Seorang pemuda Indonesia, 18, ditemukan lemas selepas hanyut di parit ladang di Sarawak. Rakan senegaranya turut maut dalam kejadian sama.

MIRI: Seorang pemuda warga Indonesia yang dilaporkan hilang ketika mandi di sebuah parit buatan di Ladang Surai, Simpang Lapok, ditemukan lemas oleh orang awam.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak memaklumkan jasad mangsa ditemui kira-kira pukul 9 pagi, sekitar 150 meter dari lokasi dia dilaporkan hanyut.

Mangsa yang dikenali sebagai Irfan, 18, disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan di lokasi.

Jasad seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

PGO menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.10 petang semalam sebelum menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng ke lokasi kejadian.

Pasukan yang diketuai PBK II Engkabang Jemat tiba di lokasi pada pukul 4.25 petang bagi memulakan operasi mencari dan menyelamat.

Sementara itu, rakan senegara mangsa, Aidil, 20, yang turut hanyut ditemukan lemas lebih awal sebelum ketibaan pasukan bomba.

Jasad Aidil telah diserahkan kepada pihak polis Bekenu untuk tindakan susulan.

Operasi SAR ditangguhkan lewat petang semalam dan disambung semula pagi tadi.

Dengan penemuan jasad mangsa kedua itu, operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 11.06 pagi.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Father and son die in house fire

A father and son died in a house fire in Muar, with the bedridden son found with burns and his elderly father succumbing to breathing difficulties after trying to fight the blaze.
spot_img

Popular Categories