the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, December 11, 2025
23.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Transformasi kesihatan negara dipacu sistem rekod perubatan elektronik nasional

Kementerian Kesihatan sasar 2,489 fasiliti primer dan 136 hospital guna rekod perubatan elektronik nasional ‘One Citizen, One Record’ menjelang 2029.

KUALA LUMPUR: Agenda pendigitalan sistem kesihatan negara akan dipacu menerusi pelaksanaan kaedah rekod perubatan elektronik nasional ‘One Citizen, One Record’.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata kaedah itu akan memperkukuh sektor kesihatan dengan akses maklumat pesakit yang lebih tepat dan pantas.

Ia juga bertujuan mengurangkan pertindanan rekod, meminimumkan risiko kesilapan maklumat serta menyokong penyampaian perkhidmatan klinikal yang lebih berkualiti.

“Pendigitalan ini pada akhirnya mesti membawa kepada apa yang disebut sebagai One Citizen, One Record iaitu rekod perubatan elektronik nasional yang benar-benar saling beroperasi,” katanya dalam program Ruang Bicara Bernama TV.

Beliau menekankan keperluan satu rekod perubatan elektronik bersifat nasional yang boleh diakses merentas sektor awam dan swasta.

Usaha pendigitalan itu dipacu secara menyeluruh bermula di peringkat penjagaan primer termasuk penggunaan sistem pengurusan klinik berasaskan awan.

Setakat 17 Oktober lalu, sebanyak 160 klinik kesihatan telah didigitalkan di bawah inisiatif tersebut.

Kementerian Kesihatan menyasarkan 2,489 fasiliti kesihatan primer akan melalui proses sama menjelang 2028.

Sasaran itu merangkumi klinik kesihatan, klinik ibu dan anak, klinik komuniti serta klinik desa di seluruh negara.

Sebanyak 956 klinik pergigian pula akan didigitalkan sepenuhnya menjelang 2027.

Rekod perubatan elektronik pula akan dilaksanakan di 136 hospital seluruh negara menjelang 2029.

Pelaksanaan sistem digital kesihatan negara dijangka membantu mengurangkan masa menunggu pesakit secara signifikan.

Ia merangkumi urusan janji temu yang lebih mudah, rawatan susulan serta pemberian ubat.

“Dulu mungkin pesakit kena bawa filem X-ray, MRI dan sebagainya, tetapi sekarang kalau boleh diberi ilustrasinya menerusi EMR nasional, seorang pesakit di mana pun dia pergi kaedahnya adalah saling berhubung,” jelas Dzulkefly.

Beliau menambah sistem itu membolehkan maklumat pesakit seperti sejarah penyakit, alahan dan ubat diakses sekali sahaja.

Matlamat akhir transformasi itu ialah membolehkan integrasi penuh antara sektor awam dan swasta.

Ia bagi mewujudkan ekosistem kesihatan nasional yang benar-benar holistik.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories