the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
30.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Empat tekong darat didakwa seludup lapan warga Myanmar di Kelantan

Empat tekong darat dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menyeludup lapan warga Myanmar di Kuala Krai dan Machang, Kelantan

KOTA BHARU: Empat tekong darat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyeludup lapan warga Myanmar di Kuala Krai dan Machang pada November lepas.

Raja Yusuf Saifullah Raja Shariffudin, 34, Miqdad Elya Zulkifli, 39, Nor Hizam Mohd Nor, 45, dan Mohamad Faizul Mat Yusoh, 43, masing-masing mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan.

Tiada pengakuan direkodkan kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Raja Yusuf Saifullah dan Miqdad Elya didakwa menyeludup dua lelaki warga Myanmar di sebuah pasar raya di Kuala Krai pada 14 November.

Nor Hizam dan Mohamad Faizul pula didakwa menyeludup enam lelaki warga Myanmar di hadapan sebuah rumah teres di Pulai Chondong, Machang pada 15 November.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 26A Akta AntiPemerdagangan Orang dan AntiPenyeludupan Migran 2007.

Sabitan kesalahan boleh membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun, denda atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kamarul Hasyime Rosli.

Peguam Muhammad Aridz Mirzha Ahmad Masrizal mewakili Raja Yusuf Saifullah manakala tiga lagi tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 21 Januari tahun depan sebagai tarikh sebutan semula kes. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings