the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 11, 2026
30.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Janin bayi lelaki ditemui dalam lori sampah di Cheras

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Janin bayi lelaki sepanjang 35 cm ditemui dalam lori sampah di Bukit Jalil, Cheras; polis siasat kes di bawah Seksyen 315 Kanun Keseksaan

KUALA LUMPUR: Sebuah janin bayi ditemui di dalam lori sampah di kawasan Bukit Jalil, Cheras pada tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Aidil Bolhassan berkata pihaknya menerima laporan berkenaan pada pukul 12.51 tengah hari.

Laporan itu dibuat oleh seorang pekerja sebuah syarikat pengurusan alam sekitar.

“Lelaki itu memaklumkan pekerjanya menemukan janin bayi semasa memunggah sampah ke dalam lori,” katanya dalam satu kenyataan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Elfi di talian 011-1004 8773.

Mereka juga boleh menghubungi hotline Polis Daerah Cheras di 03-9284 5050 atau Polis Kontinjen Kuala Lumpur di 03-2115 9999.

Siasatan awal mendapati janin yang ditemui itu adalah bayi lelaki berukuran panjang 35 sentimeter.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 315 Kanun Keseksaan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings