the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

TPM Fadillah arah siasatan rapi insiden kren runtuh di loji janakuasa

Dua maut, tiga cedera selepas kren runtuh di Loji Janakuasa Tanjung Bin. Fadillah Yusof mahu siasatan telus kenal pasti punca kejadian

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof mengarahkan siasatan rapi, telus dan menyeluruh berhubung insiden runtuhan dan kebakaran kren di Loji Janakuasa Malakoff, Kukup, Pontian.

Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyeru pihak berkuasa seperti Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Beliau menegaskan sebarang unsur kecuaian, kegagalan pematuhan SOP atau kelemahan aspek keselamatan tidak boleh dikompromi.

“Saya turut mengarahkan supaya pihak pengurusan loji dan kontraktor terlibat memberikan kerjasama penuh kepada siasatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Fadillah berkata kementeriannya akan terus memantau perkembangan kes ini dan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan lanjut sekiranya diperlukan.

Beliau turut merakamkan rasa simpati dan menzahirkan ucapan takziah terhadap dua mangsa yang terkorban iaitu Allahyarham Muhammad Alfarid Ahmad, 19, dan Muhammad Amaluddin Hisamudin, 22.

“Semoga keluarga mangsa diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi dugaan yang amat berat ini,” katanya.

Dalam kejadian itu, dua pekerja maut manakala tiga lagi cedera selepas sebuah kren yang mengangkat arang batu runtuh.

Mangsa berjaya dikeluarkan dari bawah runtuhan kira-kira jam 3 petang sebelum mayat diserahkan kepada polis.

Tiga lagi pekerja lelaki tempatan yang cedera dibawa ke Hospital Pontian untuk rawatan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Cyber resilience defined by integration, not spend

Higher cybersecurity spending alone is not enough to strengthen Malaysia’s cyber resilience, as fragmented technology environments, the rapid pace of digitalisation, and a shortage of specialised talent continue to limit organisations’ cybersecurity maturity, according to US-based cybersecurity company Palo Alto Networks.

Akmal backs France, Brazil, Portugal for World Cup glory

Akmal believes the trio possess the quality, depth and balance needed to go all the way with France remain among the strongest contenders due to the abundance of attacking options available to the squad.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings