the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, December 15, 2025
22.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

JDT raih Piala FA keempat berturut-turut, Agong zahir ucapan tahniah

Yang di-Pertuan Agong ucap tahniah kepada JDT selepas juarai Piala FA keempat berturut-turut, harap jadi pemangkin bola sepak negara

YANG DI-PERTUAN AGONG SULTAN IBRAHIM menzahirkan ucapan tahniah kepada pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) atas kejayaan menjuarai Piala FA buat kali keempat berturut-turut.

Menerusi hantaran di Facebook, Seri Paduka Baginda turut menzahirkan penghargaan atas sokongan padu rakyat Johor serta penyokong tegar skuad Harimau Selatan.

Sultan Ibrahim bertitah semoga kejayaan itu menjadi pemangkin kepada prestasi lebih cemerlang pada masa akan datang.

Baginda juga berharap ia menjadi inspirasi kepada pembangunan sukan bola sepak negara.

Pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil, JDT menewaskan Sabah FC 5-0. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories