the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 17, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis minta waris tuntut mayat mangsa bot karam di Langkawi

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Polis Langkawi minta waris atau kenalan mangsa bot karam November lepas tampil untuk ujian DNA dan tuntut mayat di IPD Langkawi

LANGKAWI: Polis meminta waris atau mana-mana individu yang mengenali mangsa pendatang tanpa izin maut dalam insiden bot karam November lepas untuk tampil menuntut mayat.

Ketua Polis Daerah Langkawi ACP Khairul Azhar Nuruddin berkata mereka boleh datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi untuk berjumpa pegawai penyiasat.

“Kita minta waris atau orang awam yang mengenali mangsa berjumpa pegawai penyiasat dan buat ujian pengesanan asid deoksiribonukleik (DNA) dan menuntut mayat berkenaan,” katanya dalam kenyataan.

Pada 8 November lepas, polis menerima maklumat berhubung insiden bot karam yang melibatkan kira-kira 100 mangsa dipercayai etnik Rohingya dari Myanmar.

Sebanyak 14 mangsa berjaya diselamatkan manakala 30 lagi meninggal dunia dalam kejadian itu.

Khairul Azhar berkata beberapa identiti telah dikenal pasti tetapi belum dapat disahkan sepenuhnya.

Sebarang maklumat atau pertanyaan lanjut boleh dihubungi melalui pegawai penyiasat Insp Nor Amin Nordin atau SM Mohd Shahril Mohd Isnin di talian 04-9666222.

Operasi mencari dan menyelamat diaktifkan pada 9 November selepas Pusat Sub Penyelamat Maritim (MRSC) Langkawi menerima laporan penemuan mangsa pertama.

Operasi selama sembilan hari itu meliputi kawasan pencarian seluas 1,745.88 batu nautika persegi di perairan sempadan Malaysia-Thailand. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Negeri Sembilan polls: PN unveils 11 candidates

The list comprises five candidates from PAS, four from Parti Wawasan Negara (Wawasan), and one each from Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) and the Malaysian Indian People's Party (MIPP).

2026 Hainan Island Carnival Sends a Global Summer Invitation

HAIKOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 16 July 2026 - As midsummer arrives in the Northern Hemisphere, Hainan, China, welcomes its annual island-wide carnival. The 2026 (27th) Hainan Island Carnival will be held from July 18 to August 18, extending a vibrant summer invitation to guests from around the world.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings