the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, February 2, 2026
22 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Empat lelaki ditahan halang siasatan kes dera kanak-kanak di Kota Kinabalu

Polis Kota Kinabalu tahan empat lelaki kerana halang tugas siasatan kes penderaan kanak-kanak di Telipok, kes disiasat bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

KOTA KINABALU: Polis menahan empat lelaki tempatan berusia 30 hingga 50-an kerana cuba menghalang penjawat awam menjalankan tugas menyiasat kes penderaan kanak-kanak di Telipok semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Kasim Muda berkata polis turut merampas sebatang besi daripada kumpulan lelaki itu dalam kejadian jam 6.45 petang.

Beliau berkata pihaknya sebelum itu menerima laporan kes penderaan kira-kira jam 11.55 malam pada 14 Disember yang dipercayai berlaku di sebuah premis perniagaan.

Kes itu melibatkan sekumpulan pelajar sebuah madrasah dan seorang lelaki dewasa.

Kasim berkata bertindak atas maklumat, polis telah menangkap seorang lelaki tempatan semalam bagi membantu siasatan kes kecederaan dan penderaan kanak-kanak.

“Bagaimanapun, ketika sepasukan pegawai polis sedang menjalankan tugas menangkap suspek bagi membantu siasatan semalam, beberapa individu telah bertindak menghalang kenderaan polis,” katanya.

“Mereka juga mengeluarkan kata-kata kesat, cuba membuka pintu kenderaan serta menendang dan memukul kenderaan sehingga menjejaskan tugas polis.”

Beliau berkata kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories