the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 16, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Fahmi gesa syarikat telekomunikasi ubah model perniagaan hadapi teknologi baharu

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Menteri Komunikasi gesa syarikat telekomunikasi ubah struktur hadapi cabaran teknologi kuantum dan satelit, beralih dari telco ke tech-co.

KUALA LUMPUR: Syarikat telekomunikasi negara perlu menyesuaikan struktur dan model perniagaan bagi menghadapi cabaran baharu selari perkembangan pesat teknologi global.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata kemunculan teknologi seperti komunikasi kuantum, penyulitan kuantum dan komunikasi satelit dijangka mengubah landskap industri dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang.

“Cabaran ini bukan sahaja dari aspek keselamatan, tetapi juga ekonomi. Antara perkara paling besar ialah bagaimana syarikat telekomunikasi menyesuaikan diri,” katanya pada Majlis Penyerahan Anugerah Biasiswa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) 2025.

Fahmi mengambil contoh Telekom Malaysia (TM) yang kini beralih daripada perkhidmatan telefon konvensional kepada sebuah syarikat teknologi.

“Dahulu bila sebut TM, kita angkat gagang telefon… hari ini TM adalah technology company. Trend bagi syarikat telekomunikasi akan berubah daripada telco kepada tech-co,” katanya yang juga jurucakap Kerajaan MADANI.

Beliau turut menekankan kepentingan penguasaan teknologi baharu kepada generasi muda yang ingin menceburi bidang komunikasi dan telekomunikasi.

Dalam majlis sama, Fahmi menyampaikan Anugerah Biasiswa MCMC kepada lima pelajar cemerlang menerusi program MCMC LEGASI dan 20 pelajar melalui MCMC CARE.

Beliau juga mengumumkan hasrat MCMC menawarkan biasiswa kepada lima pelajar cemerlang dari Palestin dalam jurusan kejuruteraan rangkaian atau radio di Universiti Multimedia (MMU).

Menurutnya, inisiatif biasiswa pendidikan itu memberi keutamaan kepada golongan muda dari Gaza, Ramallah, Tebing Barat, Nablus atau wilayah lain di Palestin. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

2026 Hainan Island Carnival Sends a Global Summer Invitation

HAIKOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 16 July 2026 - As midsummer arrives in the Northern Hemisphere, Hainan, China, welcomes its annual island-wide carnival. The 2026 (27th) Hainan Island Carnival will be held from July 18 to August 18, extending a vibrant summer invitation to guests from around the world.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings