the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, December 19, 2025
22.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Dana TEKUN, SPUMI dinaikkan, skim baharu RM50 juta untuk usahawan Cina dilancar

Dana TEKUN naik ke RM500 juta, SPUMI ke RM50 juta pada 2026. Skim baharu RM50 juta untuk usahawan Cina dilancar Januari 2026

PUTRAJAYA: Dana pembiayaan bumiputera di bawah Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional akan dinaikkan daripada RM300 juta tahun ini kepada RM500 juta pada 2026.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Steven Sim berkata ia adalah dasar pemerkasaan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dan koperasi merentas kaum.

Pembiayaan untuk usahawan India melalui Skim Pembiayaan Usahawan Masyarakat India (SPUMI) akan dinaikkan daripada RM30 juta kepada RM50 juta pada 2026.

Satu skim baharu pembiayaan PMKS masyarakat Cina sebanyak RM50 juta pula akan dilancar pada Januari 2026.

Sim berkata moratorium enam bulan tanpa faedah juga akan diberikan kepada PMKS dan koperasi terjejas akibat banjir.

Moratorium itu merangkumi pinjaman daripada tujuh agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).

Agensi-agensi tersebut ialah Suruhanjaya Koperasi Malaysia, SME Corp Malaysia, TEKUN Nasional, Bank Rakyat, SME Bank, Perbadanan Nasional Berhad dan Amanah Ikhtiar Malaysia.

Sim berkata KUSKOP telah mendapat mandat penting untuk memastikan pertumbuhan ekonomi rakyat melalui pemerkasaan PMKS dan gerakan koperasi.

Beliau telah menggariskan satu strategi ABCD bagi memfokuskan usaha warga KUSKOP.

“Ia merangkumi Anjakan produktiviti, Birokrasi dipermudah, Capaian modal dan Daya akses pasaran,” katanya.

Sim menegaskan isu pertukaran portfolio beliau tidak seharusnya dilihat sebagai penurunan pangkat.

Tumpuannya kini adalah untuk terus memperkukuh sektor keusahawanan dan koperasi negara.

Beliau mengemudi kementerian itu selepas rombakan Kabinet yang diumumkan pada Selasa lalu. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

ESG Achievement Awards 2024/2025 Winners Announced

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 18 December 2025 - The Institute of ESG & Benchmark (IESGB) hosted the ESG Achievement Awards 2024/2025 Presentation Ceremony and Luncheon, where it unveiled this year's winners.
spot_img

Popular Categories