the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, December 19, 2025
25.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

SKBBK lindungi pekerja tanpa had umur, perlindungan selagi bekerja

Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) tidak tetapkan had umur, lindungi pekerja selagi masih bekerja walaupun lepas 60 tahun.

KUALA LUMPUR: Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) yang diperkenalkan di bawah pindaan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 tidak menetapkan sebarang had umur bagi perlindungan pekerja.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R. Ramanan berkata seseorang pekerja layak dilindungi selagi masih bekerja walaupun telah melepasi umur 60 tahun.

Beliau menjelaskan SKBBK tidak mempunyai kesan retrospektif dan hanya melindungi kemalangan yang berlaku selepas tarikh kuat kuasa rang undang-undang itu.

Perlindungan SKBBK juga hanya meliputi kemalangan yang berlaku di dalam Malaysia kerana penguatkuasaan skim itu tertakluk kepada undang-undang negara.

Bagaimanapun, jika pekerja dihantar ke luar negara atas urusan rasmi majikan, perlindungan di bawah Skim Bencana Kerja masih terpakai sepanjang tempoh tugasan.

Perlindungan itu termasuk untuk aktiviti harian yang munasabah seperti keluar makan berhampiran tempat penginapan selepas waktu kerja.

“Namun, jika berlaku kemalangan semasa aktiviti peribadi yang tidak berkaitan dengan tugasan rasmi seperti bersiar-siar, membeli-belah ataupun melancong, perlindungan tidak terpakai,” jelas Ramanan.

Beliau berkata ia juga tertakluk kepada siasatan lanjutan Pertubuhan Keselamatan Sosial bergantung pada undang-undang yang sedia diguna pakai.

Ketika membentangkan RUU berkenaan, Ramanan berkata pindaan itu antara lain melibatkan penetapan kadar caruman secara berperingkat.

Kadar caruman ditetapkan dalam tiga fasa iaitu 0.75% pada fasa pertama, 1.0% pada fasa kedua dan 1.25% pada fasa ketiga.

“Pendekatan berperingkat ini memastikan impak kewangan kepada pekerja adalah minimum dan mampan,” katanya.

Rang Undang-undang Keselamatan Sosial Pekerja (2025) itu kemudian diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas dibahaskan oleh 11 senator. – Bernama

Related

spot_img

Latest

SIM60 WILL Award: Elevating Employability Through Work-Integrated Learning

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 19 December 2025 - In today's competitive job market, academic excellence alone is no longer sufficient for career success. Employers increasingly value graduates who demonstrate resilience, adaptability, and real-world experience.

Most Viewed

SIM60 WILL Award: Elevating Employability Through Work-Integrated Learning

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 19 December 2025 - In today's competitive job market, academic excellence alone is no longer sufficient for career success. Employers increasingly value graduates who demonstrate resilience, adaptability, and real-world experience.
spot_img

Popular Categories