the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Harimau Muda raih gangsa SEA Games, tamatkan kemarau pingat lapan tahun

Skuad B-23 Malaysia tewaskan Filipina 2-1 untuk raih gangsa Sukan SEA 2025, tamatkan kemarau pingat bola sepak lelaki sejak 2017.

BANGKOK: Ketua jurulatih skuad B-23 negara Mohd Nafuzi Zain menyifatkan perjalanan Malaysia di Sukan SEA Thailand 2025 sebagai satu perjuangan penuh liku dan pengorbanan.

Beliau berkata perjalanan pasukan itu sejak awal persiapan wajar dijadikan sebuah buku.

“Kalau nak ikutkan cerita Sukan SEA ini, dari awal persiapan hingga kini, kita boleh buat buku tentang liku-liku perjalanan pasukan,” katanya selepas perlawanan di Stadium Nasional Rajamangala.

Mohd Nafuzi berkata pasukan berdepan pelbagai cabaran termasuk pemain tidak dilepaskan kelab, kekurangan pemain, penggantungan dan kecederaan.

“Sehingga ke akhirnya, kita seolah-olah berperang. Ada pemain yang bertongkat, berbalut bahu. Itu semua adalah pengorbanan dan satu perjuangan untuk negara yang saya rasa kita patut bangga,” ujarnya.

Skuad Harimau Muda menewaskan Filipina 2-1 dalam perlawanan tempat ketiga untuk merangkul pingat gangsa.

Kemenangan itu menamatkan kemarau pingat Malaysia dalam acara bola sepak lelaki di pentas Sukan SEA selepas lapan tahun.

Malaysia membuka jaringan pada minit ke-28 menerusi Danish Hakimi Sahaludin sebelum Filipina menyamakan kedudukan hasil gol sendiri Muhammad Haqimi Azim Rosli pada minit ke-36.

Pemain itu menebus kesilapannya dengan meledak gol kemenangan pada minit ke-43.

Kejayaan itu menyaksikan skuad Harimau Muda kembali menaiki podium buat pertama kali sejak meraih perak pada edisi 2017 di Kuala Lumpur.

Ia sekaligus menebus kekecewaan tersingkir tanpa pingat pada tiga edisi terdahulu.

Mohd Nafuzi berkata para pemain menunjukkan semangat setia kawan yang tinggi dalam menghadapi kekurangan pasukan.

“Saya begitu bangga dengan mereka kerana semangat juang yang ditunjukkan sangat tinggi dari segi teamwork dan bonding seperti keluarga,” katanya.

Malaysia tersingkir pada peringkat kumpulan masing-masing pada edisi 2019 di Filipina dan edisi 2023 di Kemboja.

Pada edisi 2021 di Vietnam, hasrat pasukan negara untuk membawa pulang pingat tidak kesampaian selepas dikecewakan Indonesia dalam perlawanan penentuan tempat ketiga. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings