the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, December 19, 2025
25.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Pahang catat lebih 10,000 mangsa banjir, jumlah tertinggi di seluruh negara

Mangsa banjir di Pahang meningkat kepada 10,956 orang, tertinggi antara negeri terjejas, manakala keadaan di Terengganu menunjukkan sedikit penurunan.

KUANTAN: Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Pahang, Johor dan Kelantan meningkat setakat petang ini.

Situasi di Pahang semakin buruk dengan 10,956 mangsa daripada 3,635 keluarga kini ditempatkan di 78 PPS.

Aplikasi Infobencana JKM merekodkan 8,748 mangsa di 43 PPS di Kuantan, daerah paling teruk terjejas.

Mangsa juga ditempatkan di PPS di Maran, Pekan, Rompin dan Jerantut.

Di Johor, jumlah mangsa meningkat sedikit kepada 356 orang di tiga PPS yang kekal beroperasi di Mersing.

Pengerusi JPBN Johor Datuk Asman Shah Abd Rahman berkata PPS berkenaan ialah SK Pusat Air Tawar, SJKC Chiao Ching dan SK Labong.

Tiga sungai di Johor berada pada paras amaran, iaitu Sungai Muar di Kampung Awat dan Buloh Kasap, Segamat serta Sungai Lenik di Ladang Cha’ah, Batu Pahat.

Di Kelantan, bilangan mangsa di Gua Musang meningkat kepada 137 orang daripada 32 keluarga petang ini.

Sekretariat APM Negeri Kelatan menyatakan Gua Musang ialah satu-satunya daerah yang menempatkan mangsa setakat ini.

Beberapa sungai utama di negeri ini dilaporkan berada pada paras berjaga-jaga dan amaran.

APM Daerah Gua Musang telah melaksanakan operasi penghantaran 35 murid Orang Asli dari asrama SK Pasir Linggi ke kediaman masing-masing.

Sementara itu, jumlah mangsa banjir di Terengganu menurun sedikit kepada 902 orang daripada 248 keluarga.

Hulu Terengganu menjadi daerah terbaharu dilanda banjir dengan 18 mangsa dipindahkan.

Mangsa lain ditempatkan di PPS di Kemaman dan Dungun.

Berdasarkan laman web PublicInfoBanjir, paras air di stesen Sungai Besut telah melepasi tahap bahaya.

Enam lagi stesen di Terengganu melepasi had amaran.

Related

spot_img

Latest

SIM60 WILL Award: Elevating Employability Through Work-Integrated Learning

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 19 December 2025 - In today's competitive job market, academic excellence alone is no longer sufficient for career success. Employers increasingly value graduates who demonstrate resilience, adaptability, and real-world experience.

Wake Up Dead Man takes Knives Out to church

Rian Johnson’s Wake Up Dead Man is a darker, quieter Knives Out entry, shifting focus to Josh O’Connor’s troubled priest as faith, guilt and murder collide.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories