the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, December 19, 2025
23.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

MPK lancar projek perintis CCTV di Kangar dengan peruntukan KDN RM300,000

MPK laksana projek perintis pasang sembilan unit CCTV di Kangar Jaya dan Terminal Perlis Sentral untuk tingkatkan keselamatan awam

KANGAR: Majlis Perbandaran Kangar (MPK) sedang melaksanakan projek pemasangan sistem kamera litar tertutup (CCTV) di Kangar Jaya dan Terminal Perlis Sentral.

Projek perintis itu dilaksanakan menerusi peruntukan Kementerian Dalam Negeri (KDN) berjumlah RM300,000.

Yang Dipertua MPK Affendi Rajini Kanth berkata ia melibatkan pemasangan sembilan unit CCTV yang akan dihubungkan dengan Perlis Integrated Command Centre (PiCC) di Jejawi.

“Projek ini akan berfungsi sebagai one stop centre untuk memantau semua pergerakan atau sebarang insiden yang berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan praperasmian Kangar Jaya Mall di sini.

Pemasangan itu turut merangkumi sistem rangkaian komunikasi, pembesar suara, papan tanda talian kecemasan PDRM dan lampu solar LED.

“Dengan pencahayaan yang mencukupi dan pemantauan CCTV, orang awam akan berasa lebih selamat untuk beriadah dan bergerak pada waktu malam,” jelas Affendi.

Beliau menambah rekod kejadian juga dapat disimpan sebagai rujukan sekiranya berlaku sebarang insiden.

Projek itu dijangka beroperasi sepenuhnya pada Januari depan selepas kerja pengujian akhir diselesaikan akhir bulan ini.

Pemantauan akan dijalankan selama 24 jam oleh petugas yang dilantik.

MPK juga bercadang memperluaskan projek pemasangan CCTV itu ke kawasan lain seperti Arau, Padang Besar dan Kuala Perlis.

Perluasan itu adalah sebagai sokongan kepada usaha menjadikan kawasan berkenaan lebih selamat dan terkawal. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories