the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, July 21, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tiada penalti tahun pertama pelaksanaan sistem taksir sendiri duti setem

LHDN umumkan tiada penalti dikenakan pada 2026 untuk kesalahan borang atau maklumat tidak tepat di bawah Sistem Taksir Sendiri Duti Setem Fasa 1

PUTRAJAYA: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memaklumkan tiada penalti akan dikenakan dalam tahun pertama pelaksanaan Sistem Taksir Sendiri Duti Setem (STSDS) Fasa 1 yang bermula 1 Jan 2026. 

LHDN menerusi kenyataan hari ini, memaklumkan tiada pengenaan penalti ke atas surat cara yang disetemkan di bawah STSDS bagi kesalahan mengemukakan Borang Nyata Duti Setem (BNDS) yang tidak betul.

“Penalti juga tidak dikenakan bagi kesalahan memberikan maklumat yang tidak betul atau tidak tepat berhubung dengan apa-apa perkara yang memberi kesan kepada pengenaan duti.

“Tempoh konsesi khas tiada pengenaan penalti ini terpakai kepada permohonan penyeteman yang dikemukakan dari 1 Jan hingga 31 Dis 2026,” menurut kenyataan itu.

LHDN memaklumkan pemberian konsesi khas itu sebagai langkah pendidikan dan sokongan peralihan bagi memupuk kesedaran serta menggalakkan pematuhan secara sukarela dalam kalangan pembayar duti.

“Dalam masa sama, ia menyediakan tempoh mencukupi untuk pembayar duti memahami prosedur yang ditetapkan dan melaksanakan penyeteman sendiri secara elektronik dengan berkesan,” menurut kenyataan itu.

LHDN memaklumkan konsesi khas itu turut terpakai terhadap kesalahan di bawah subseksyen 72D(2) Akta Setem 1949 yang dikenal pasti melalui penemuan audit sepanjang tempoh tersebut. 

Bagi memastikan kelancaran pelaksanaan STSDS, Sistem e-Duti Setem telah dibuka untuk akses awal kepada pembayar duti melalui portal MyTax bagi memberi ruang kepada mereka menjalankan pengujian dan membuat persediaan sewajarnya.

Pembayar duti boleh menghubungi HASiL Contact Centre (HCC) menerusi talian 03-8911 1000 atau 603-8911 1000 (luar negara) atau HASiL Live Chat jika menghadapi masalah selain borang maklum balas disediakan menerusi pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public/.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Phancy’s Token Factory shines at WAIC 2026, accelerating AI 2.0 from technology to real-world...

Phancy presented its Token Factory and full-stack AI cloud platform at WAIC 2026, showcasing scalable AI infrastructure, intelligent applications and industrial solutions while receiving international recognition for trusted industrial AI innovation.

7-Eleven Hits 1,000 CAFé Stores, Expands Airport Convenience Experience at KLIA

Master Power Technologies has launched a R50 million Customer Experience Centre and regional headquarters in Midrand, featuring advanced testing, training and engineering facilities to support Africa's growing demand for resilient and energy-efficient data centre infrastructure.

Master Power Technologies unveils R50m state-of-the-art Customer Experience Centre at new Midrand premises

Master Power Technologies has launched a R50 million Customer Experience Centre and regional headquarters in Midrand, featuring advanced testing, training and engineering facilities to support Africa's growing demand for resilient and energy-efficient data centre infrastructure.

Russia’s top athletes to target records in the Urals at the National Athletics Championships

Russia's leading athletes will compete at the National Athletics Championships in Yekaterinburg from 23–26 July, featuring 44 medal events as competitors pursue national titles, records and performances that align with international athletics standards.

Media OutReach Newswire strengthens USA distribution network

Media OutReach Newswire has expanded its USA distribution network with guaranteed placements on major news platforms, helping clients improve AI visibility, media exposure, journalist reach and brand credibility through enhanced press release distribution and reporting.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings