the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, December 21, 2025
24.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Nurillo Tukhtasinov sah tidak lagi bersama Terengganu FC

Pemain tengah import Terengganu FC, Nurillo Tukhtasinov, tidak akan sambung kontrak dan bakal beraksi terakhir menentang Sabah FC

KUALA TERENGGANU: Pemain tengah import Terengganu FC (TFC), Nurillo Tukhtasinov, sah tidak akan lagi bersama skuad Penyu bagi baki saingan Liga Malaysia musim ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB), Sheikh Faraouk Sheikh Mohamed Al-Bajrai, berkata pemain kelahiran Uzbekistan berusia 28 tahun itu memutuskan untuk tidak menyambung kontraknya yang tamat 31 Disember ini.

Beliau berkata perlawanan Liga Super menentang Sabah FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) pada 23 Disember bakal menjadi aksi terakhir Nurillo selepas hampir tiga musim bersama TFC.

“Nurillo dikhabarkan akan kembali ke negara asalnya Uzbekistan untuk beraksi bersama kelab di sana,” katanya.

Sheikh Faraouk berkata TFC merancang untuk mengadakan sesi penghargaan khas untuk Nurillo pada perlawanan terakhirnya itu.

“Jadi diharapkan para penyokong akan hadir memberi penghargaan terakhir buat arkitek TFC,” ujarnya.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Recognising next-generation entrepreneurial leaders benchmark for excellence in Malaysia

Recognising leadership, innovation, and resilience, the Most Influential Young Entrepreneurs (MIYE) platform continues to set the benchmark for entrepreneurial excellence in Malaysia. Marking its 10th anniversary, the 2025 programme attracted over 1,300 nominations, with only 100 individuals selected following a rigorous evaluation process.
spot_img

Popular Categories