the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, July 14, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bayi baru lahir ditemui di Taman Awam Teluk Likas

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Bayi lelaki yang dipercayai baru lahir ditemui di Taman Awam Teluk Likas, Kota Kinabalu, dalam keadaan selamat dan tiada kecederaan.

KOTA KINABALU: Seorang bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan ditemui di Taman Awam Teluk Likas di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Kasim Muda berkata polis menerima laporan daripada orang awam pada 6.30 pagi semalam.

Bayi itu dipercayai dilahirkan beberapa jam sebelum ditemui.

“Bayi itu selamat serta tidak mengalami sebarang kecederaan dan dibawa ke Hospital Likas untuk pemeriksaan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

Penemuan bayi itu telah dimaklumkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Pemeriksaan awal mendapati tiada saksi atau kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan kejadian.

Siasatan kini giat dijalankan mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan untuk mengesan individu terlibat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat Sarjan Mejar Rosmah Pg Hasim menerusi talian 011-31677612.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings