the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, December 23, 2025
24.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Polis bantuan diingatkan jangan disalah guna atau dikomersialkan

Bukit Aman ingatkan agensi pengguna polis bantuan supaya tidak menyalah guna kuasa atau mengkomersialkan pasukan keselamatan sokongan itu.

KUALA LUMPUR: Agensi yang menggunakan khidmat polis bantuan diingatkan supaya tidak menyalah tafsir fungsi atau mengkomersialkan pasukan itu.

Timbalan Pengarah (Operasi Pencegahan/Koordinasi Sumber Sokongan) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata sebarang penyalahgunaan kuasa atau penggunaan bagi tujuan komersial adalah dilarang.

“Amalan sedemikian bukan sahaja menyalahi peraturan, malah boleh menjejaskan kredibiliti serta kepercayaan masyarakat terhadap institusi keselamatan,” katanya.

Beliau berucap pada penutup Persidangan Tahunan Persatuan Polis Bantuan Malaysia ke-36 di sini.

Nik Ros Azhan menekankan isu pengisian perjawatan polis bantuan perlu diberi perhatian serius.

Kekurangan anggota dan perancangan tidak teratur boleh menjejaskan kecekapan operasi serta tahap keselamatan di premis.

Beliau menyeru agensi merancang pengisian perjawatan secara lebih strategik dan berfasa.

Sebanyak 57,000 jawatan polis bantuan telah diluluskan, namun hanya 27,000 daripadanya digazetkan setakat ini.

Tahap profesionalisme dan kompetensi anggota juga perlu diperkasakan secara berterusan.

“Polis bantuan kini bukan sahaja berdepan ancaman fizikal, malah turut terdedah kepada cabaran teknologi dan keselamatan siber,” katanya.

Sementara itu, Presiden MAPA Datin Seri Asmawati Ahmad berharap lebih banyak agensi berdaftar dengan persatuan itu.

Pendaftaran akan memudahkan urusan dengan PDRM khususnya dari segi program latihan dan khidmat nasihat.

Ketika ini, 181 agensi berdaftar di bawah MAPA daripada jumlah keseluruhan 281 agensi pengguna polis bantuan.

Antara agensi utama ialah Malaysia Airport Holding Berhad, FGV Holding Berhad dan syarikat di pelabuhan. 

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories