the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, October 15, 2026
29.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Penduduk bukan warganegara Malaysia dianggarkan 3.38 juta pada 2025

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

Penduduk bukan warganegara di Malaysia dijangka 3.38 juta pada 2025, dengan kadar pertumbuhan negatif dan komposisi menurun kepada 9.9 peratus.

PUTRAJAYA: Penduduk bukan warganegara di Malaysia dianggarkan berjumlah 3.38 juta pada 2025. Kadar pertumbuhan tahunan bagi kumpulan ini dijangka menurun kepada -0.5% berbanding 2024, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Berdasarkan Statistik Migrasi Antarabangsa, Malaysia, 2025, komposisi penduduk bukan warganegara turut menunjukkan penurunan kepada 9.9% pada 2025 berbanding 10.0% pada 2024. Secara keseluruhan, 33 daerah pentadbiran mencatatkan komposisi penduduk bukan warganegara melebihi paras nasional.

Penerbitan ini dikeluarkan buat julung kalinya oleh DOSM selaras dengan saranan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata ia menjadi asas kepada pembangunan sistem data migrasi antarabangsa yang lebih tersusun dan konsisten.

“Penyediaan statistik stok ini akan terus dipertingkatkan melalui liputan data lebih luas serta penambahbaikan metodologi,” katanya.

Beliau menambah bahawa DOSM akan terus memantapkan koordinasi dengan agensi berkaitan untuk menyokong penyediaan statistik migrasi antarabangsa yang lebih tepat. Statistik ini merupakan input penting bagi penggubalan polisi dan perancangan program berkaitan migrasi antarabangsa.

Migrasi antarabangsa memainkan peranan penting dalam pembentukan struktur kependudukan negara. Ia mempunyai implikasi langsung terhadap pasaran buruh, penyediaan perkhidmatan sosial dan perancangan pembangunan sosioekonomi.

“Oleh itu, ketersediaan statistik migrasi antarabangsa yang berkualiti dan boleh dipercayai adalah asas penting bagi menyokong penggubalan polisi dan membuat keputusan,” menurut DOSM.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Dhaya Maju Infrastructure (Asia) Sdn. Berhad: 30 Years of Building the Infrastructure That Connects...

Dhaya Maju Infrastructure (Asia) Sdn. Berhad (DMIA), a Malaysian infrastructure engineering and mobility company, marks more than three decades of delivering complex infrastructure projects across the country.

Most Viewed

spot_img