the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, December 25, 2025
23.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Umat Kristian sibuk buat persiapan akhir sambutan Krismas

Umat Kristian di seluruh negara sibuk dengan persiapan akhir menjelang Krismas esok, dengan pusat beli-belah dan perkampungan tradisional menjadi tumpuan.

KUALA LUMPUR: Bahang sambutan Krismas esok semakin terasa dengan umat Kristian sibuk membuat persiapan akhir.

Pusat beli-belah dihiasi dekorasi warna-warni bertemakan musim sejuk menarik perhatian ramai.

Seorang peniaga barangan hiasan, Dawt Hlei Sung, 42, berkata dia akan menyambut Krismas secara sederhana bersama keluarga.

“Saya dan suami bersama anak perempuan dan ibu bapa mentua akan ke gereja,” katanya.

Dia tetap membeli hadiah untuk anaknya walaupun persiapan dibuat pada saat akhir.

MELAKA: Keunikan pelbagai hiasan di sepanjang jalan Perkampungan Portugis di Ujong Pasir terus menjadi tumpuan pengunjung.

Pengerusi Warisan dan Kraf Portugis Melaka Marina Linda Danker berkata persiapan oleh penduduk Serani bermula sejak bulan lepas.

Keunikan itu berjaya menarik kira-kira 50,000 pengunjung dari dalam dan luar negara setakat ini.

“Tradisi menghias rumah dengan pelbagai dekorasi seperti pokok Krismas kekal diteruskan oleh 118 buah rumah di kampung itu,” katanya.

Dia menjangka jalan-jalan di sekitar perkampungan akan dipenuhi pengunjung pada malam ambang Krismas untuk merakam keindahan dekorasi.

PULAU PINANG: Ramai penganut Kristian dilihat memenuhi pusat beli-belah dan kedai serbaneka untuk berbelanja saat akhir.

Tinjauan Bernama mendapati kebanyakan pengunjung datang bersama keluarga dan rakan-rakan bagi mendapatkan barangan keperluan serta hiasan Krismas.

Dekorasi bertemakan musim sejuk di pusat beli-belah turut menjadi tarikan utama pengunjung, khususnya kanak-kanak.

Majoriti kedai juga dilihat menawarkan promosi istimewa sempena Krismas.

JOHOR: Orang ramai membanjiri pusat beli-belah dan pusat komersial bagi membeli kelengkapan pada saat akhir.

Ini mendorong peningkatan permintaan terhadap makanan, hadiah dan keperluan perayaan lain.

Pekerja sektor korporat V Nithia, 42, berkata dia merancang sambutan sederhana tahun ini.

“Kegembiraan bagi kami bukan pada membeli secara berlebihan, sebaliknya duduk bersama dan menikmati waktu bersama keluarga,” katanya.

Dia terkejut mendapati beberapa barangan dijual pada harga lebih rendah berikutan pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan.

Pelawat dari Singapura Daniel Phoon, 35, berkata Johor Bahru menawarkan pilihan yang mudah dan menjimatkan kos untuk membeli-belah sempena Krismas.

“Saya boleh mendapatkan semua keperluan di sini tanpa perlu ke banyak kedai,” katanya.

Suasana perayaan turut menjadikan aktiviti membeli-belah lebih menyeronokkan.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories