the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kanak-kanak lelaki sembilan tahun yang hilang di Pantai Kemayang ditemui lemas

Kanak-kanak lelaki sembilan tahun yang hilang di Pantai Kemayang, Bachok ditemui lemas selepas dihanyutkan arus kuat semasa musim monsun.

BACHOK: Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun yang dilaporkan hilang di Pantai Kemayang semalam telah ditemui lemas di pantai yang sama.

Mayat Muhamad Irfan Afendi ditemui oleh penduduk kampung kira-kira 1.5 kilometer dari lokasi dia dipercayai bermain air sebelum dihanyutkan arus.

Mangsa ditemui pada jam 10.45 pagi dan mayatnya telah dihantar ke Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia untuk bedah siasat.

Timbalan Ketua Polis Daerah Bachok, DSP Mohd Azrie Sulaiman menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika melakukan aktiviti di pantai.

Beliau mengingatkan negara masih berada dalam musim Monsun Timur Laut yang membawa arus kuat.

Polis bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia sentiasa melakukan pemantauan harian di sepanjang pesisir pantai untuk menasihati pengunjung.

Bapa mangsa, Mohd Afendi Ya, 44, berkata anaknya sepatutnya menyertai majlis berkhatan beramai-ramai hujung minggu ini.

“Apakan daya takdir menentukan dia lebih awal dijemput illahi,” katanya.

Beliau berkata telah berjanji untuk membawa Muhamad Irfan mandi di Pantai Kemayang bagi memenuhi hasrat anaknya sebelum berkhatan.

Mohd Afendi berkata dia tidak menjangkakan tragedi itu berlaku kerana anaknya hanya bermain di gigi air sebelum dibawa arus.

Beliau agak terkilan kerana gagal menyelamatkan anaknya kerana ombak agak kuat ketika itu.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings