the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, December 28, 2025
29.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Suspek kes letupan IED di Nilai direman seminggu

Lelaki 62 tahun disyaki terlibat kes letupan IED di Desa Palma, Nilai direman sehingga 3 Jan bagi siasatan lanjut

SEREMBAN: Seorang lelaki disyaki terlibat dalam kes letupan menggunakan bahan letupan buatan sendiri atau Improvised Explosive Device (IED) di Desa Palma, Nilai, telah direman sehingga 3 Januari depan.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata perintah reman terhadap lelaki berusia 62 tahun itu dikeluarkan di Hospital Tuanku Ja’afar memandangkan suspek sedang menerima rawatan akibat kecederaan.

“Reman bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, Seksyen 4 Akta Bahan Kakisan Letupan Senjata Berjadual dan Seksyen 435 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Alzafny berkata suspek kes letupan pada pagi 22 Disember itu ditahan di sekitar Batang Benar, Nilai pada 4.15 petang semalam dengan kesan melecur pada muka, badan, tangan dan kaki.

Suspek dipercayai mempunyai pengetahuan teknikal dan kemahiran khusus dalam pembuatan bahan letupan berdasarkan penemuan peranti dan peralatan yang dirampas di rumah sewa lelaki itu.

Sementara itu, di IPOH, polis memperoleh perintah reman sehingga 2 Januari terhadap seorang lelaki yang disyaki mengamuk sehingga mencederakan ahli keluarganya di Persiaran Putra, Bandar Baru Putra pada Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata suspek berusia 29 tahun direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Siasatan awal mendapati suspek yang mempunyai rekod rawatan kesihatan mental dipercayai mengamuk dan mencederakan dua ahli keluarganya.

Suspek kemudian melarikan diri dengan memanjat tembok dan bumbung rumah sebelum memasuki sebuah rumah jiran.

Mangsa yang dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk rawatan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories