Yayasan Brigitte Bardot mengesahkan pemergian legenda filem dan penyanyi itu, yang meninggalkan kerjaya untuk kebajikan haiwan
PARIS: Legenda filem Perancis Brigitte Bardot meninggal dunia pada usia 91 tahun, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
“Yayasan Brigitte Bardot dengan rasa amat sedih mengumumkan pemergian pengasas dan presidennya, Brigitte Bardot, seorang pelakon dan penyanyi terkenal dunia yang memilih untuk meninggalkan kerjaya gemilangnya demi mengabdikan hidup dan tenaga kepada kebajikan haiwan serta yayasannya,” menurut kenyataan yayasan itu.
Beliau meraih kemasyhuran di seluruh dunia sebagai antara wajah paling ikonik dalam dunia perfileman pascaperang.
Beliau dikenali secara meluas sebagai BB. Bardot membintangi puluhan filem, dengan Et Dieu Créa La Femme (“And God Created Woman”) sering dianggap sebagai karya yang melonjakkan namanya ke persada antarabangsa. – BERNAMA-dpa








