the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, December 30, 2025
28.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Agong terima taklimat kemajuan pembinaan Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim terima taklimat kemajuan pembinaan Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil di Johor Bahru, yang mampu muat 1,000 jemaah.

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan dipersembahkan taklimat mengenai laporan kemajuan kerja-kerja pembinaan Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil.

Masjid itu terletak di Jalan Kolam Air berhampiran Istana Bukit Serene, Johor Bahru, Johor.

Pembinaannya adalah hasil wang peninggalan anakanda Seri Paduka Baginda, Tunku Laksamana Johor Almarhum Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim.

Almarhum mangkat pada 5 Disember 2015.

Menerusi hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim, masjid itu mampu memuatkan hampir 1,000 jemaah dalam satu masa.

Terdahulu, Seri Paduka Baginda berkenan menerima menghadap Setiausaha Kerajaan Johor Datuk Asman Shah Abd Rahman dan Mufti Johor Datuk Yahya Ahmad.

Pertemuan itu berlangsung di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor Mohd Radzi Mohd Amin.

Turut hadir ialah Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor Nasri Ali dan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor Zainal Tumian.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories