the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, December 30, 2025
28.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

MCMC siasat hantaran palsu guna logo Buletin TV3 berita TikTok

MCMC buka kertas siasatan ke atas hantaran palsu di media sosial yang menyalahgunakan logo Buletin TV3 untuk sebar berita tidak benar.

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) membuka kertas siasatan berhubung penularan hantaran palsu di media sosial yang menggunakan logo dan identiti visual Buletin TV3.

Hantaran itu menyebarkan maklumat tidak benar kononnya Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil mengeluarkan kenyataan mengenai penutupan TikTok Malaysia.

Siasatan awal MCMC mendapati kandungan berkenaan telah diubah suai dan disahkan sebagai palsu.

MCMC menegaskan kenyataan tersebut tidak pernah dikeluarkan oleh Menteri Komunikasi.

Media Prima Bhd turut membuat laporan polis dan menafikan hantaran itu diterbitkan oleh Buletin TV3 atau mana-mana platform berita di bawah rangkaiannya.

MCMC menyatakan penggunaan logo, nama serta identiti visual Buletin TV3 itu merupakan satu bentuk penyalahgunaan yang boleh mengelirukan orang ramai.

Satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Seorang individu yang disyaki terlibat telah dipanggil untuk membantu siasatan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian, Perak.

MCMC turut menyita satu unit telefon bimbit dan satu kad SIM bagi tujuan analisis forensik digital.

Orang ramai diingatkan supaya sentiasa menyemak kesahihan maklumat sebelum memuat naik, berkongsi atau mengulas di media sosial.

Penyebaran kandungan palsu serta penyalahgunaan identiti boleh membawa kepada tindakan undang-undang.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories