the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, December 31, 2025
23.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Pemilik klinik veterinar didakwa biar haiwan mati kelaparan

Pemilik klinik veterinar swasta didakwa biar kucing dan anjing mati di premisnya di Damansara Damai, menghadapi hukuman denda atau penjara.

PETALING JAYA: Seorang pemilik klinik veterinar swasta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan meninggalkan penjagaan dua haiwan hingga menyebabkan kematian.

Dr Fadzilah A’ini A. Kadir, 68, didakwa secara tidak munasabah telah meninggalkan penjagaan seekor kucing dan seekor anjing hingga menyebabkan kematian haiwan tersebut di sebuah premis di Damansara Damai pada Disember lepas.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum denda minimum RM20,000 dan maksimum RM100,000 atau penjara hingga tiga tahun atau kedua-duanya.

Pegawai Pendakwaan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor Mohd Sharif Sabran menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin.

Syarat tambahan termasuk menyerahkan pasport OKS kepada mahkamah.

Dr Fadzilah yang tidak diwakili peguam merayu jaminan dikurangkan dengan alasan dia seorang ibu tunggal.

Hakim Noor Ruzilawati Mohd Nor kemudian membenarkan OKS diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah menetapkan 4 Februari untuk sebutan kes bagi lantikan peguam dan serahan dokumen.

Sebelum ini, media melaporkan tular rakaman video dan gambar di media sosial memaparkan haiwan mati di klinik veterinar berkenaan.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor menerima aduan pada 17 Disember lepas.

Pemeriksaan mendapati kedua-dua haiwan ditemui mati di dalam sangkar berasingan.

Anggaran tempoh kematian haiwan tersebut adalah antara satu dan dua minggu.

Related

spot_img

Latest

News Hub Asia announces the NHA Top 10 Middle Eastern Restaurants in Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 31 December 2025 - As Malaysia prepares to welcome the world ahead of Visit Malaysia Year 2026, the country's diverse culinary scene continues to stand out as one of its strongest cultural assets.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories