the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, July 12, 2026
29 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Penyelarasan pemeriksaan kastam lancar pergerakan penumpang di KLIA

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Penyelarasan pemeriksaan Kastam di KLIA Terminal 1 bermula esok akan melancarkan aliran penumpang tanpa mengabaikan aspek keselamatan dan penguatkuasaan.

PUTRAJAYA: Inisiatif penyelarasan pemeriksaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di pintu pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 bermula esok akan melancarkan pergerakan penumpang tanpa menjejaskan aspek keselamatan.

Ketua Pengarah JKDM Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin berkata aspek keselamatan di pintu masuk negara itu kekal berada pada tahap tertinggi dengan penyelarasan bersepadu daripada semua pihak yang bertanggungjawab.

“Inisiatif baharu ini akan melancarkan pergerakan penumpang di terminal,” katanya kepada Bernama.

Beliau menambah bahawa aspek keselamatan dikekalkan pada tahap tinggi kerana Malaysia Airports Holdings Bhd telah menambah baik mesin pengimbas dengan fungsinya memainkan dua peranan.

Peranan itu merangkumi keperluan di bawah Aviation Security (AVSEC) dan Perintah Kastam.

Ketika ini, JKDM menjalankan pemeriksaan menggunakan mesin pengimbas Departure Screening di zon berlepas selepas pemeriksaan imigresen.

Susun atur sedia ada itu berpotensi menyebabkan kesesakan pada waktu puncak perjalanan.

Kementerian Pengangkutan memaklumkan inisiatif baharu itu akan membolehkan penumpang melalui aliran pergerakan yang lebih lancar sebelum menaiki pesawat.

Langkah ini sekali gus mengurangkan kesesakan dan masa menunggu di zon berlepas.

Menurut kementerian itu, langkah ini tidak menjejaskan tahap keselamatan atau penguatkuasaan kastam.

Sebaliknya, pemeriksaan penumpang dan barangan akan terus diperkukuh melalui penyelarasan operasi dan pematuhan prosedur yang dipersetujui bersama.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings