the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, December 31, 2025
22.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Banjir di Sarawak: Mangsa meningkat kepada 380 orang

Mangsa banjir di Sarawak meningkat kepada 380 orang di dua pusat pemindahan berhampiran Kuching, susulan amaran hujan berterusan.

KUCHING: Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat kepada 380 orang daripada 97 keluarga setakat 4 petang ini.

Angka itu meningkat daripada 197 mangsa yang dilaporkan pada pagi tadi.

Semua mangsa terjejas di kawasan Taman Desa Wira dan Kampung Sinar Budi Baru berhampiran Kuching.

Mereka telah dipindahkan ke dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

“Mangsa di PPS Dewan Masyarakat Stapok meningkat kepada 199 orang daripada 53 keluarga,” menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.

Manakala PPS Dewan R-Piang Kampung Sinar Budi Baru menempatkan 181 mangsa daripada 44 keluarga.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi beberapa kawasan di Sarawak.

Amaran itu berkuat kuasa bermula hari ini hingga esok.

Kawasan yang dijangka terkesan termasuk Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman dan Betong.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories