the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, December 31, 2025
22.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

JKDM sasar kutipan hasil lebih tinggi pada 2026

Jabatan Kastam Diraja Malaysia sasarkan kutipan hasil lebih tinggi pada 2026 selepas melepasi sasaran 2025 awal, didorong oleh pendigitalan menyeluruh dan sistem MyCIEDS.

PUTRAJAYA: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menyasarkan kutipan hasil yang lebih tinggi pada 2026 susulan kejayaan mengutip hasil berjumlah RM73.27 bilion setakat 16 Disember lepas.

Ketua Pengarah JKDM Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin berkata antara faktor utama kejayaan kutipan hasil yang tinggi ketika ini ialah pelaksanaan pendigitalan secara menyeluruh, termasuk melalui Malaysian Customs Import Export Document System (MyCIEDS).

“Insya-Allah, sasaran akan ditingkatkan tahun depan.

JKDM akan melaksanakan yang terbaik pada 2026,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar turut merakamkan penghargaan kepada JKDM atas pencapaian kutipan hasil yang tinggi baru-baru ini.

Anis Rizana berkata pelaksanaan MyCIEDS yang menggantikan kaedah manual telah mempercepatkan proses pelepasan barangan di samping menutup ruang ketirisan.

“Dahulu proses ini mengambil masa dua atau tiga hari, namun kini seorang pegawai boleh memproses sehingga maksimum 350 transaksi dalam sehari,” katanya.

Beliau berkata sistem berkenaan turut meningkatkan tahap ketelusan dan tadbir urus selain menghapuskan potensi rasuah di kaunter.

“Apabila semuanya dilaksanakan secara dalam talian, peluang salah guna kuasa hampir sifar.

Inilah impak paling besar yang menyumbang kepada peningkatan hasil negara,” katanya.

MyCIEDS merupakan sistem elektronik rasmi JKDM bagi penghantaran dokumen sokongan secara dalam talian untuk tujuan pengikraran borang kastam.

JKDM mencatat prestasi cemerlang apabila kutipan hasil mencecah RM73.27 bilion sehingga 16 Disember lepas, sekali gus melepasi unjuran hasil semakan semula yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan bagi tahun 2025, iaitu RM73.26 bilion.

Pada 2024, JKDM merekodkan kutipan hasil sebanyak RM65.57 bilion, jumlah tertinggi sejak tempoh pascapandemik, sekali gus melepasi sasaran semakan semula yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

KWSP umum penambahbaikan dasar dan produk mulai esok

KWSP umum penambahbaikan utama termasuk had pengeluaran haji RM10,000, i-Saraan Plus untuk pemandu e-hailing, dan Rangka Kerja Kecukupan Pendapatan Persaraan berkuat kuasa 1 Januari.
spot_img

Popular Categories