the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, December 31, 2025
22.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Jemaah menteri doakan kesejahteraan rakyat sempena tahun baharu 2026

Menteri-menteri kerajaan berkongsi ucapan dan harapan untuk kesejahteraan rakyat serta kemajuan negara menjelang tahun baharu 2026.

KUALA LUMPUR: Jemaah Menteri merakamkan ucapan Selamat Tahun Baharu 2026 bersama doa untuk kesejahteraan rakyat dan masa depan negara.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke menekankan keperluan politik yang lebih bertanggungjawab dan berfokus kepada penyelesaian masalah rakyat.

“Malaysia tidak boleh kembali kepada amalan lama yang menghakis kepercayaan rakyat dan membantutkan kemajuan negara,” katanya dalam perutusan sempena tahun baharu.

Beliau berkata kerajaan akan terus menangani isu kos sara hidup melalui dasar praktikal dan pelaksanaan berkesan.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R. Ramanan pula menekankan aspek kesejahteraan rakyat dan pembangunan berteraskan nilai kemanusiaan.

Beliau menyifatkan tahun baharu sebagai ruang untuk muhasabah dan menegaskan komitmen memperkukuh pembangunan modal insan.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu merakamkan penghargaan kepada petani, penternak dan nelayan sebagai tunjang keterjaminan makanan negara.

“Usaha dan pengorbanan anda semua merupakan asas kepada keterjaminan makanan negara,” katanya.

Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata kementeriannya berjaya melaksanakan 762 program merapatkan jurang sosial sepanjang 2025.

Kejayaan itu berpaksikan prinsip “Faham, Hormat dan Terima” sebagai tunjang kepada pemeliharaan harmoni dalam kepelbagaian.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Datuk Seri Arthur Joseph Kurup menyifatkan 2025 sebagai tempoh penuh pengajaran yang membentuk ketahanan.

Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad menggambarkan penghujung 2025 sebagai fasa penuh perubahan.

“Akhirnya kita sampai di penghujung 2025. Ada yang pergi, ada yang datang. Kita jatuh, tapi bangun semula lebih kuat,” katanya.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir pula menyampaikan ucapan tahun baharu menerusi hantaran poster di Facebook.

Related

spot_img

Latest

Signature International upbeat on 2026 outlook, backed by strong 2025 execution

Signature International Bhd remains optimistic about its 2026 outlook, underpinned by a strong RM1.14 billion order book and steady demand across Malaysia and Singapore. The group expects resilient contributions from its Corten brand in Singapore and ongoing project deliveries domestically, providing solid earnings visibility despite a potentially more challenging operating environment.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories