the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, January 5, 2026
22.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Pusat komuniti Paya Besar capai 94% kemajuan, siap Februari depan

Pusat komuniti Paya Besar di Gambang, bernilai hampir RM5 juta, capai 94% kemajuan pembinaan dan dijangka siap operasi pada Februari depan.

KUANTAN: Pusat komuniti Paya Besar, dikenali sebagai Epistemic Investment for Society and Technology, telah mencapai kemajuan pembinaan sebanyak 94%.

Projek bernilai hampir RM5 juta itu dijangka siap sepenuhnya pada Februari depan.

Ahli Parlimen Paya Besar Datuk Mohd Shahar Abdullah berkata pusat itu dibangunkan berteraskan empat teras utama iaitu teknologi, kemanusiaan, inovasi dan kemampanan.

“Selepas tujuh tahun saya menjadi wakil rakyat, kita perlu mengintegrasikan semua inisiatif itu dalam satu tema yang kita sebut sebagai Your Better Society 2040,” katanya.

Beliau berkata pusat komuniti di Gambang itu akan memberi manfaat bukan sahaja kepada pelajar di kawasan parlimennya, malah melibatkan institusi pengajian tinggi berhampiran.

“Mereka bukan sekadar menjadi penerima manfaat, tetapi terlibat secara langsung dalam pelaksanaan aktiviti pembangunan masyarakat,” jelas Timbalan Menteri Ekonomi itu.

Projek ini selari dengan Pelan Tindakan Khas Bandar Baharu Paya Besar 2070.

Kos pembinaannya melibatkan peruntukan Kementerian Kewangan, peruntukan Ahli Parlimen serta sumbangan beberapa agensi kerajaan.

Mohd Shahar berkata demikian selepas merasmikan program Jom Kembali ke Sekolah di Kolej Kemahiran Tinggi MARA Kuantan.

Sebanyak 574 pelajar B40 miskin tegar menerima sumbangan kelengkapan persekolahan menerusi program anjuran Parlimen Paya Besar itu.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

AS Watson marks 185 years of caring: surpasses 10,000 smiles for children with cleft lips.

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 5 January 2026 - AS Watson, the world's largest international health and beauty retailer, celebrates its 185th anniversary - a journey from Hong Kong's first western pharmacy to a global retail leader. This milestone also marks a major achievement in its "Give a Smile" campaign with Operation Smile: surpassing its goal of 10,000 free surgeries for children with cleft conditions ahead of schedule. AS Watson now sets a new target - 15,000 surgeries by 2030 - reaffirming its commitment to brighter futures for our next generation.
spot_img

Popular Categories