the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis cari individu baling batu ke kereta di WCE Shah Alam

Polis siasat kejadian batu dibaling dari jambatan Seri Cheeding di WCE, merosakkan kereta. Kes disiasat bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

SHAH ALAM: Polis sedang mengesan individu yang membaling batu dari atas Jambatan Seri Cheeding di Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE).

Kejadian pada Khamis lepas itu menyebabkan kerosakan kepada sebuah kenderaan yang melalui lebuh raya berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Mohd Akmalrizal Radzi berkata laporan diterima pada 3.22 petang semalam daripada seorang petugas rondaan.

Pengadu berusia 32 tahun itu menerima maklumat daripada Selangor WCE Patrol mengenai insiden tersebut.

“Tujuan pengadu membuat laporan adalah untuk memohon agar pihak polis membuat kekerapan rondaan di kawasan tersebut,” jelas Mohd Akmalrizal.

Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Mohd Akmalrizal meminta orang ramai tidak membuat spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

Beliau menggesa sesiapa yang mempunyai maklumat tampil ke balai polis berdekatan.

Masyarakat juga boleh menghubungi bilik gerakan polis di talian 03-31872222.

Kejadian itu tular melalui rakaman video yang memaparkan kerosakan pada cermin dan bonet hadapan sebuah kereta.

Dalam kes berasingan, dua lelaki tempatan direman lima hari hingga 6 Jan ini di Klang Utara.

Mereka disyaki terlibat dalam kejadian pecah rumah di Jalan Pekan Baru, Taman Eng Ann, Klang, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP S Vijaya Rao berkata polis menerima laporan pada 3.15 pagi daripada seorang wanita.

Wanita itu mendakwa terdengar bunyi mencurigakan sebelum melihat pintu pagar rumah jirannya dipecah masuk.

Sepasukan anggota berjaya menahan dua suspek yang cuba melarikan diri melalui pintu belakang.

Kedua-dua suspek direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara hingga lima tahun dan denda bagi sabitan pertama.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Trump orders disclaimer signs outside museum of American history

The order calls on federal officials to "install temporary signage" on public walkways outside the building to "notify visitors that the Museum exhibits should be renovated" to reflect "accurate information regarding America's history."

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings