the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, January 7, 2026
23.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Reman peguam disyaki subahat seludup dadah ke penjara dilanjut

Reman peguam lelaki disyaki bersubahat seludup dadah ke Penjara Marang dilanjut empat hari untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B.

KUALA BERANG: Reman terhadap seorang peguam lelaki yang dipercayai bersubahat dengan banduan dalam kes penyeludupan dadah ke Penjara Marang telah disambung selama empat hari lagi.

Perintah sambung reman itu dikeluarkan oleh Majistret Nur Athirah Hashim di Mahkamah Majistret Kuala Berang hari ini.

Ia bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Suspek berusia 32 tahun itu tiba di mahkamah pada pukul 9.45 pagi diiringi polis.

Beliau ditahan di Jalan Hiliran, Pulau Kambing dekat Kuala Terengganu pada kira-kira 10.45 pagi 29 Disember lepas.

Peguam itu dipercayai bersubahat menyeludup dadah jenis pil kuda, ganja dan Erimin 5 bernilai RM16,000 ke Penjara Marang.

Insiden itu berlaku selepas selesai satu perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 23 Disember lepas.

Polis turut mengesan seorang suri rumah berusia 30 tahun untuk membantu siasatan kes tersebut.

Related

spot_img

Latest

Swiss officials admit inspections failure at inferno bar

Swiss authorities admit failure in conducting fire safety inspections for five years at Le Constellation bar, where 40 people died in a New Year's blaze. Owners face manslaughter charges.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories