the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, January 10, 2026
21.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Pelakon era 80-an Isma Aliff meninggal dunia

Pelakon dan penyanyi popular era 80-an, Isma Aliff, meninggal dunia di kediamannya di Kampung Melayu Ampang pada usia 62 tahun.

KUALA LUMPUR: Pelakon, penyanyi dan pelawak popular era 1980-an, Isma Aliff, meninggal dunia di kediamannya pagi tadi.

Allahyarham, 62, atau nama sebenarnya Muhammad Latiff Ismail, menghembuskan nafas terakhir di Kampung Melayu Ampang sekitar pukul 8.30 pagi.

Berita pemergiannya disahkan adiknya, Shamsidah, 60, yang memaklumkan kesihatan abangnya kian merosot sejak seminggu lepas.

“Sejak kebelakangan ini abang memang tidak larat dan banyak terbaring sahaja. Makan pun dia tidak lalu,” katanya kepada Bernama.

Shamsidah berkata dia sempat menjenguk Isma Aliff sebelum pergi kerja dan mendapati keadaan abangnya lemah.

“Apabila balik semula (ke rumah itu), dia sudah tiada,” katanya.

Allahyarham sebelum ini pernah diserang angin ahmar hingga menyebabkan lumpuh sebelah badan sekitar 2023.

Shamsidah menceritakan abangnya tinggal bersendirian selepas kematian ibu mereka pada 2024.

Beliau menguruskan diri sendiri, termasuk memasak serta melakukan aktiviti harian.

“Saya berharap peminat mendoakan kesejahteraan Allahyarham dan mengenang jasa serta kenangan manis yang ditinggalkan sepanjang hayatnya,” katanya.

Jenazah Isma Aliff akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana selepas solat Asar hari ini.

Allahyarham pernah popular menerusi lakonannya dalam telefilem Enot dan Enot2 Rayalah Pulak! pada 2002.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories