the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 17, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lebih 10,000 peniaga kecil berpeluang sertai Skim SARA

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Kerajaan sasar 10,000 peniaga kecil sertai Skim SARA menjelang 2026, tingkat jaringan kedai barangan asas dan bantu kelegaan pengguna.

IPOH: Lebih 10,000 peniaga kecil berpeluang mengambil bahagian dan berdaftar di bawah Skim Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Setiausaha Politik Menteri Kewangan Muhammad Kamil Abdul Munim berkata langkah itu memperluas jaringan kedai yang terlibat dalam penyediaan barangan keperluan harian.

“Dengan kemudahan ini, masyarakat tak perlu pergi kedai yang jauh, mereka boleh pergi kedai-kedai kecil atau runcit yang ada dalam kawasan kampung dengan lebih cepat dan mudah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Kembali Ke Sekolah Tahun 2026 di bawah Inisiatif Sejahtera MADANI di Perak.

Kementerian Kewangan memaklumkan sasaran kedai kecil dalam program SARA akan ditingkatkan kepada 10,000 menjelang akhir 2026.

Sasaran itu berbanding lebih 3,000 kedai yang disasarkan pada akhir tahun 2025.

Dalam program berasingan, seramai 250 keluarga miskin dan miskin tegar di Perak menerima baucar kelengkapan persekolahan bernilai RM400 setiap satu.

Muhammad Kamil berkata program Sejahtera MADANI itu memastikan golongan miskin terus diberi perhatian.

“Kita pastikan mereka yang berada dalam kategori miskin dan miskin tegar dalam senarai e-Kasih diberi perhatian,” ujarnya.

Beliau menambah bantuan itu dapat memberi kelegaan kepada keluarga untuk membuat persediaan menjelang sesi persekolahan baharu.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

2026 Hainan Island Carnival Sends a Global Summer Invitation

HAIKOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 16 July 2026 - As midsummer arrives in the Northern Hemisphere, Hainan, China, welcomes its annual island-wide carnival. The 2026 (27th) Hainan Island Carnival will be held from July 18 to August 18, extending a vibrant summer invitation to guests from around the world.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings