the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
23.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

MITI yakin ASEAN capai persetujuan penuh DEFA akhir tahun ini

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri yakin ASEAN akan mencapai persetujuan penuh untuk memuktamadkan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital ASEAN pada penghujung tahun ini.

Menteri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menyatakan keyakinan ini susulan rundingan yang telah merekodkan kemajuan sebanyak 69.6 peratus.

Pencapaian itu menjadi fokus semasa beliau mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Komuniti Ekonomi ASEAN untuk membincangkan tentang DEFA.

“Saya yakin, dengan semangat ASEAN, kita akan mencapai persetujuan substansial sepenuhnya pada penghujung tahun ini,“ katanya.

Tengku Zafrul menegaskan bahawa DEFA bukan hanya tentang perdagangan digital tetapi juga untuk memastikan ekonomi digital yang inklusif dan saksama untuk semua.

Beliau menambah bahawa DEFA akan membawa ASEAN ke hadapan untuk menjadi hab digital serantau sekali gus memacu pertumbuhan ekonomi. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings